PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Taklimat Safe

16 Januari 2025

NADI Tanjung Api telah menganjurkan Taklimat SAFE: Keselamatan Semasa Melayari Internet, satu inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap ancaman siber dan kepentingan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.

Program ini disasarkan kepada pelajar berumur 12 tahun kebawah . Dalam sesi taklimat ini, peserta telah diberi pendedahan mengenai:

  • Langkah-langkah asas keselamatan semasa melayari internet

  • Cara mengenali penipuan dalam talian

  • Kepentingan kata laluan yang kuat dan penggunaan pengesahan dua faktor

  • Etika dalam penggunaan media sosial dan platform digital

Program ini turut disampaikan oleh pegawai keselamatan siber berpengalaman yang memberi contoh-contoh kes sebenar bagi membantu peserta lebih memahami risiko dan cara melindungi diri dalam talian.

Berita Berkaitan