PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kelas Tiramisu Viral

18 Januari 2025

Pada 18 Januari 2025, NADI Tanjung Api telah menganjurkan satu program menarik iaitu Kelas Tiramisu Viral, bertempat di premis NADI itu sendiri. Program ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat, khususnya suri rumah dan belia yang berminat untuk mempelajari kemahiran baru dalam bidang kulinari.

Dalam kelas ini, para peserta diberi pendedahan secara praktikal tentang cara penyediaan tiramisu viral yang sedang popular dalam kalangan pengguna media sosial. Tenaga pengajar berpengalaman telah berkongsi resipi, teknik penyediaan, tips penyimpanan, serta idea pembungkusan menarik untuk tujuan jualan.

Berita Berkaitan