16 Januari 2025
NADI Tanjung Api telah menganjurkan Taklimat SAFE: Keselamatan Semasa Melayari Internet, satu inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap ancaman siber dan kepentingan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.
Program ini disasarkan kepada pelajar berumur 12 tahun kebawah . Dalam sesi taklimat ini, peserta telah diberi pendedahan mengenai:
-
Langkah-langkah asas keselamatan semasa melayari internet
-
Cara mengenali penipuan dalam talian
-
Kepentingan kata laluan yang kuat dan penggunaan pengesahan dua faktor
-
Etika dalam penggunaan media sosial dan platform digital
Program ini turut disampaikan oleh pegawai keselamatan siber berpengalaman yang memberi contoh-contoh kes sebenar bagi membantu peserta lebih memahami risiko dan cara melindungi diri dalam talian.

