PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat @ SK Balok Baru

Pada 20 Ogos 2025, seramai 40 murid SK Balok Baru telah menyertai Kempen Internet Selamat, sebuah program penuh manfaat yang bertujuan memberi pendedahan awal tentang cara penggunaan internet dengan bijak, beretika dan selamat.
Program ini bukan sahaja menyeronokkan dengan aktiviti interaktif, malah turut menanam kesedaran betapa pentingnya menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab sejak usia muda.
Kempen ini adalah langkah kecil yang memberi impak besar dalam melahirkan generasi celik digital, beretika, dan selamat dalam dunia maya.

Berita Berkaitan