PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Saringan Kesihatan Bersama Komuniti Setempat

NADI Tanjung Api telah berjaya melaksanakan program saringan kesihatan sempena Majlis Akhir Tahun Kelas Khatam Al-Quran, Majlis Jamuan Kelas Mengaji Al-Quran 2025. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti sambil mengimarahkan majlis ilmu dan ibadah. Saringan kesihatan tersebut telah berlangsung pada 24 Disember 2025 (Rabu) dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang bertempat di Dewan KRT Taman Selamat, Kuantan, dengan penglibatan yang amat menggalakkan daripada para hadirin dan penduduk setempat. Program ini diharap dapat memberi manfaat serta menyumbang kepada kesejahteraan dan kesihatan komuniti secara berterusan.

Berita Berkaitan