Kempen Internet Selamat sempena program IIUM STEM Adventure, Research, and Knowledge (STARK) 2026 telah berlangsung dengan jayanya di IIUM Kuantan pada 2 Mei 2026, bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar serta masyarakat.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian telah diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan keselamatan siber, perlindungan data peribadi serta amalan penggunaan teknologi digital yang positif dan selamat.


