PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Reruai NADI Di Hari Keusahawanan SK Assunta Convent

Reruai NADI di SK Assunta Convent pada 22 November 2025 telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga sekolah serta komuniti setempat. Empat NADI iaitu NADI Tanjung Api, NADI Seri Damai, NADI Perumahan Kampung Balok dan NADI Berjaya Permai telah bergabung bagi menjayakan pelbagai pengisian bermanfaat.
Antara aktiviti yang menarik perhatian para pengunjung termasuk kuiz Kempen Internet Selamat, pendaftaran MyDigital ID serta saringan kesihatan percuma. Kehadiran dan penyertaan aktif daripada semua pihak telah menjadikan program ini bukan sahaja informatif, malah turut mengeratkan hubungan antara komuniti dan inisiatif digital setempat

Berita Berkaitan