
Beliau merupakan anak Felda yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Beliau mempunyai produk dan jenamanya sendiri yang dikenali sebagai AY Legacy. Beliau merupakan Siti Rohani Binti Yusof. Anak keenam daripada 8 adik beradik ini sangat komited dalam apa yang diusahakannya, sehinggakan beliau tercalon dalam kategori ke Bootcamp Usahawan NADI 2025
Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau masih tercari-cari rentak yang sesuai untuk diaplikasikan dalam perniagaannya. Beliau masih keliru mengenai tekni dan strategi marketing yang perlu diaplikasikan untuk memastikan bisnesnya terus maju kehadapan
Setelah penglibatanya bersama program usahawan NADI, Puan Aniey Yusof kelihatan lebih yakin dan lebih berstategi dalam menyusun tindakan ketika berbisnes. Semoga Puan Aniey Yusof lebih maju dimasa akan datang.

Adik Sayyidah Husna binti Mohd Mursyidul Hafiz merupakan pelajar sekolah yang baru berusia 9 tahun, namun telah menunjukkan minat terhadap dunia robotik. Walaupon masih muda, beliau sangat berminat dan bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu robotik.
Sebelum menyertai program robotik di NADI Tanjung Api, Adik Husna tidak didedahkan mengenai keseronokan pembelajaran robotik. Tambahan lagi, kebanyakan kelas robotik diluar sana berbayar dan agak mahal yurannya. Namun , dengan adanya kelas robotik secara percuma ini, dapat membantu meluaskan pengetahuan adik Husna mengenai dunia robotik.
Selepas menyertai kelas Robotik tempoh hari di NADI Tanjung Api, Adik Husna kini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam dunia robotik. Adik Husna dapat mingkatkan lagi pengetahuan dan ilmu robotik ini. Semoga adik Husna dapat mempraktikkan ilmu robotik di masak akan datang

Puan Shahida Binti Hussin merupakan ahli NADI Tanjung Api yang sentiasa aktif menyertai program di NADI Tanjung Api. Beliau telah menyertai beberapai program seperti MAHIR-Pertanian, MAHIR Jahit dan yang terbaru program E Kelas yang dianjurkan NADI.
Sebelum menyertai program E Kelas Usahawan NADI , Puan Shahida kurang diberi pendedahan mengenai teknik dan stategi pemasaran yang terkini. Kebanyakan kelas marketing diluar sana menrupakan kelas berbayar. Namun di NADI, kelas ini diadakan secara percuma sahaja.
Selepas menghadiri E Kelas Usahawan, Puan Shahida dapat menambah ilmu pengetahuan dan teknik-teknik perniagaan yang betul. Beliau boleh mempraktikkan stategi yang betul untuk berbisnes. Pihak NADI Tanjung Api mengucapkan selamat maju jaya kepada bisnes Puan Shahida.
© 2026 Hakcipta Terpelihara