Kempen Internet Selamat (Berpusat) 2025 telah berlangsung dengan meriah di SK Assunta Convent pada 12 November 2025!
Seramai 97 pelajar daripada 7 buah sekolah telah bersama menjayakan program ini yang bertujuan memupuk kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak, selamat dan bertanggungjawab. Pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah keselamatan siber, kuiz interaktif dan bengkel media sosial bijak telah menceriakan suasana sambil memberi ilmu berguna kepada para peserta. Bersama kita bentuk Generasi Bijak Digital – Internet Selamat, Tanggungjawab Semua!

Kempen Internet Selamat @ Sekolah Kebangsaan Galing
Pada 19 Ogos 2025, pihak MCMC telah mengadakan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Galing,

