SK BALOK MAKMUR, 7 Mei 2025 – Program Bengkel Tiny Techies telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Balok Makmur , melibatkan penyertaan aktif para murid serta kerjasama erat antara pihak sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dari beberapa kawasan berdekatan.
Bengkel yang dianjurkan bersama oleh NADI Perkampungan Balok, NADI Panching, NADI Lepar Hilir 3 dan NADI Tanjung Api ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah rendah tentang dunia teknologi maklumat serta kemahiran digital asas. Program ini selari dengan usaha memperkasa literasi digital dalam kalangan generasi muda.


