PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat @ SK Pelabuhan

Pada 26 Ogos 2025, NADI Kluster Kuantan telah menganjurkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan yang melibatkan seramai 40 orang pelajar.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menggunakan internet secara berhemah, bijak dan bertanggungjawab.

Kempen ini membawa slogan “Internet Selamat, Tanggungjawab Semua” yang menekankan bahawa keselamatan di alam maya bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi juga memerlukan kerjasama semua pihak – ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat.

Melalui penganjuran kempen ini, para pelajar SK Pelabuhan diharap dapat menjadi pengguna internet yang lebih beretika, berwaspada dan mampu memanfaatkan teknologi digital secara positif serta selamat.

Berita Berkaitan